Perbezaan takrifan Konsonan desis

Pengarang seperti Chomsky dan Halle mengelaskan [f] dan [v] sebagai konsonan desisi. Namun, dua konsonan ini tidak diartikulasikan dengan alur atau ada frekuensi tinggi seperti konsonan desis lain, dan kebanyakan ahli fonetik[1] masih menyatukannya dengan konsonan bilabial [ɸ], [β] dan (antara) gigi [θ], [ð] sebagai konsonan geseran anterior berdesis. Sesetengah penyelidik menggunakan label lantam untuk mengumpulkan bunyi-bunyi ini dengan konsonan-konsonan desis lain. Sesetengah penyelidik berasa [f] bukan lantam dalam bahasa Inggeris, berdasarkan ukuran amplitud dan membandingkannya tetapi adalah lantam dalam bahasa-bahasa lain (contohnya, dalam bahasa Afrika Ewe, yang mana ia berbeza dengan [ɸ] tak lantam).

Melabelkan konsonan desis sebagai konsonan "geseran rintangan' tidak semudah itu kerana cara udara dikeluarkan semasa dihasilkan berbeza-beza. Kajian-kajian ultrabunyi menunjukkan bahawa bunyi-bunyi yang biasanya tidak dipanggil "bunyi desis", seperti [θ̠] dalam bahasa Inggeris, juga menggunakan alur udara yang dibentuk oleh lidah.[14]

Rujukan

WikiPedia: Konsonan desis https://books.google.com/books?id=gBeFDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=2ivgDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=cq0PEAAAQBAJ https://literarydevices.net/sibilance/ https://theproaudiofiles.com/vocal-sibilance/ http://www.coracoralina.ueg.br/visao_academica/rev... https://web.archive.org/web/20131203010719/http://... http://www.abralin.org/abralin11_cdrom/artigos/Fla... http://www.speech.umaryland.edu/Publications/Jasa9... https://doi.org/10.2307%2F340806